Ok. Sekarang ni aku rasa sedikit kelegaan sebab semester 5 dah berakhir. Opss, belum berakhir lagi, sebab tak exam lagi. Hehe
Exam tu lain citer sebab yang pasti aku dah abis di belenggu dengan segala assignment, presentation, tutorial dan segala bagai.
Sem ni aku paling paling paling tak suka…..sebab??????????
-jadual kelas padat nak mamposs (sape suruh ambik banyak2 jam kredit)
-jadual exam berderet2 macam zaman2 exam SPM,PMR dlu..
-subjek2 sem ni sangat susah. Blurrrrrrrr………
-kelas ganti berlambak2 sampaikan hari ahad je dapat cuti. ( biasalah, lecturer rajin2 belaka) heheh
Ok, tu baru secara general. Ni ha, aku nak detailkan lagi each subjek aku ambik sem ni yang membuatkan aku runsing, serabut, tension dan segala bagai.
-ACCOUNTING THEORYà subjek ni paling aku rasa tertekan. Mane taknye, dari awal sem, kena cari CEO utk wat assignment. Jenuh nk cari (nasib baik dalam group). Pastu plak, time tutorial kena wat essay. Bukan tu je, sebelum wat essay tu, ken abaca artikel panjang2 yang tak terkira patah perkataannya. Hahah. Subjek nilah jugak banyak ada kelas ganti. If I not mistaken, dalam seminggu aku belajar subjek ni 8jam. Rajin2kan lecturer aku dapat. Hahah.. tapi apekan daya, nak tak nak, subjek ni COMPULSORY! Kalau tak, memang aku drop pn. Hoho. So aku berharap sangat2 usaha aku pegi balik pegi balik kelas ni berbaloilah. Aku nak jugak LULUS sbjek ni..
-STRATEGIC MANAGEMENTà subjek ni pun aku cuak. Cuak nak masuk lecture ngn tutorial. Subjek ni sangat2 ‘best’ sebab tiap2 minggu ken abaca case study yang sangat panjang. Pastu kena present 2 case study setiap group. Bab2 present ni aku gelabah skit. Huh, leg agiler dah abis semua case2.
-ORGANIZATIONAL BEHAVIOR-à Subjek ni agak kelainan gak bagi aku, sebab dalam assignment subjek ni kena wat documentary. Dapat pengalaman jadi pelakon kot sebab subjek ni. Naseb baik aku nyer group boleh dikatakan semua sempoi2, so senang nk cooperate ngn diorang. Malu giler weh bile tgk balik vedio tu. Tak sanggup, tak sanggup. HAHAH
-COMPANY LAW-à ni subjek last Law aku belajar, sebelum ni belajar commercial law, dalan company law ni aku rasa sangat2 blur. Susah giler nk faham, xtau lah kenapa, maybe banyak term2 baru yang aku baru dengar kot. Time tutorial agak cuak la, lecturer sbjek ni cek sorang2 jawapan tutorial ( macam budak sekolah). Kalau tak siap, memang nk cari nahas la. Aku guna alternative pinjam jawapan budak kelas sebelum je. Hahah.
-BAHASA PORTUGIS-à ni juz subjek elektif luar fakulti jee. Aku sebenarnya bukan nk sangat pun ambik subjek ni, tapi sebab nak abiskan subjek elektif aku, aku bantai je subjek ni. Mula2 kelas ni seronok gak, tapi bila dah tukar lecturer, sangat bosan. Aku terkapai2 tak faham weh.. subjek ni boleh tahan gak, kena berlakon lagi!!! Berlakon dalam subjek ni sangat mencabar sebab kena cakap portugis..nak terbelit2 lidah aku ni duk menghafal skrip. Adoyaiii..nextsem dah leh tukar fakulti dah kot, masuk pusat kebudayaan je. Hahahaah
Ok, aku dah penat nak menaip banyak2. Cukup setakat ini dan aku mahu tido. Huhu..zzzzz
No comments:
Post a Comment