Sunday, March 25, 2012

Terapi disebalik Solat.

pada waktu subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat subuhnya sebenarnya sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zuhur. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu …). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la …) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.
Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah dikurniakan syariat solat oleh Allah s.w..t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.
Allah is The Great!! Allah is The All-Knowing!! We are so blessed to be muslim and to be allowed to see Ramadhan again this year….
“Then which of the favours of your Lord will ye deny?”
“Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?”
Semoga dengan sedikit perkongsian ini kita semua akan lebih BERSYUKUR kerana kita dilahirkan sebagai hambaNya dan sebagai ummat Islam. Sesungguhnya kekuasaanNya tiada tolak bandingan.

Sumber: Facebook Mayee Nazrich MN in http://myibrah.com 

Saturday, March 24, 2012

Baucer Buku '1 Malaysia'

Once Upon  a Time, salah satu isi yang terkandung dalam budget 2012 Malaysia ialah pengagihan baucer buku RM200 kepada pelajar universiti dan pra-universiti. so aku termasuk dalam golongan2 sedemikian. btw, timekasih kerajaan malaysia sebab sem ni aku boleh save utk beli buku sebab dah ada baucer. huhu. agak2 nextyear ada lagi tak? hoho..



dengan berbekalkan 4 boucer = RM 200, aku dapat beli ni haaa..

consol aka corporate accounting

corporate fianance aka advanced FM

ni lasti kali beli, boleh wat stock 1 sem ni. huhu.-




Monday, March 19, 2012

Awesome Weekend!

istillah weekend adalah sangat subjektif.
kalau dulu2 zaman sekolah, weekend aku ari jumaat n sabtu.
lepas berhijrah ke matrik dan sekarang universiti, weekend aku dah bertukar jadi ari sabtu dan ahad..
dan ape yg paling menguntungkan aku, sem ni kelas aku bebas dibelenggu kelas,kuliah,tutorial, dan segala bagai pada hari JUMAAT.
so istillah weekend aku sem ni adalah bermula pukul6 aka lepas kelas MA3, JUMAAT, SABTU dan AHAD. hohoho.

sebelum aku merepek lagi banyak, aku straight to the point jela. weekend aku this week enjoy skit sebab...

ONCE UPON A TIME, bebudak coursemate aku ajak makan sate kajang. pada masa yg sama smbut bufday salah sorang kawan aku ni. macam biasa, plan kiteorang sangat effektif, lepas je kelas MA3, terus bertolak ke kajang dengan berbantukan GPS. * padahal dah byk kali pegi, tp kena guna GPS jugak. yang xleh bla, dah guna GPS pun boleh lagi sesat, siap masuk area2 kampung lagi. giler dahsyat. lemah geografi. nak wat macam ne, belajar geografi sampai form 3 je. sebab tu la kerajaan perlu mewujudkan subjek geografi sbg subjek wajib universiti. hahaha. giler..
perjalanan kami dalam 45minit++ gk kot, sebab sesat dan cuaca kurang mgizinkan.. sesampai sana, terus makan sate. nyumm2. lepas hajat. lepas makan dan solat magrib, bermulalah operasi buat prunkk kt bufday person dengan menggunakan senjata sekilo tepung je. hahahhaha. so nk jadikan cerita, lepas balik um, bufday person ni kena lagi sekilo tepung. mmg kaw2 la kena. untungla, 2 kilo tepung terkena.. hahaha. *gelak jahat,..bukan ape, sbb sebelum ni dielah ketua segala ketua simbah tepung kat orang tmasuk lah aku.huuuu.

semua senyum xikhlas sebab aim kat satey je..hoho


keesokkannya aka ari jumaat kawan aku sorang ni plak nk terbang ke beijing,. so sbgai nk hargai kawan, aku joinlah diorang ni pegi anta kt KLIA. mula2 plan nk g naik keta kawan, tp sebab motor ada problem skit, aku pegi kLia naik ERL. fuhh, first time naik ERL, dan first menjejak kaki kt KLIA. demi kawan, aku sanggup je. cewah.

bye2 rain, semoga selamat pegi n selamat pulang.


keesokkannya plak aka sabtu, pepagi lagi dah mulakan ke putrajaya g tgk PUTRAJAYA HOT AIR BALLON 2012. Ni pun sebenarnya first time aku g event ni. haa lupa, pegi sini bersama roomate dan kawan kepada roomate aka geng2 dak sains. mak oi, bile dah ngn diorang ni, asyik sembang pasal sains2 je, aku mmg speechless la kan. xkan tetiba aku nk kluarkan istilah akaun aku. memang giler..hahaha. btw, enjoy la jugak sebab bukan pegi sana je, kiteorang pegi melawat masjid besi aka Masjid Sultan Mizan kat area2 putrajaya. haa, ni pun first time pegi. *asyik first time je aku ni kan..


msjid besi aka masjid sultan mizan

hot air ballon.



last but not least,plan last minit, pegi ke Broga Hill. mmg btl2 last minit. xsangka aku terjoin gak. sebab xpernah datang lagi kt broga hill tu. btw, best giler kalau orang2 yg suka jungle tracking mcm aku ni. seriusly, walaupun berpeluh2, tp aku rasa xpenat pun naik atas sana. huhu. nextime boleh pegi lagi.huhu..lepas balik broga hill, aku sambung perjalanan aku ke masjid jamek, teman kawan pegi beli baju utk konvo. *untunglah dah nak konvo..giler kental aku, lepas naik broga, terus pegi jalan2 kt masjid jamek. xpe, demi kawan2 aku sanggup,.huhuu. overall, this weekend aku rasa sangat2 best, awesome, enjoy dan segala bagai sebab aku banyak pergi kat tempat aku xpernah pegi lagi sebelum ni. timekasih kawan2 yang ajak, terajak, mengajak aku ni. hehehe..bye!

muka2 excited nak mulakan pendakian broga hill.

berehat sebentar sambil2 pengajur berbaju merah.haha

pemandangan dari level 1 broga hill.

bersama model2 broga. haha

YEAHHH.. akhirnya aku sampai jugak kt puncak Broga Hill. mission  completed!!

Tuesday, March 13, 2012

: Musahabah Diri :

Once upon a time, aku rasa diri ini macam kurang something je.
xtau la kenapa. yela aku tahu, no body is perfect, tp ntahlahh..
aku rasa mcam aku ni kurang bernasib baik
mungkin diuji Allah. sebab die nk mengajar aku ketabahan... *ayat sedih.

dan aku rasa aku ada masa lagi nak berubah. aku ada 2 semester lagi masa nk belajar kt UM, insyaAllah aku nk buat sehabis baik untuk 2 semester ni. sebenarnya sangat susah nk berubah ni sebab banyak je dugaan kan. tapi aku akan cuba sedaya upaya semampu untuk berubah.

aku straight to the point. aku seriusly ni nak berubah.

kalau korang tengok aku suka tido, or banyak tido petang, aku akan cuba untuk elakkan byk tido dan xkan tido petang.

kalau korang tgk aku banyak pentingkan diri sendiri, aku akan cuba untuk berbuat baik kat semua orang,.

kalau korang tengok aku malas, aku akan cuba jadi rajin. Rajin siapkan tutorial itu sangat penting!

kalau korang tengok aku byk on9 fesbuk, aku akan cuba kurangkan.

kalau korang tengok aku kurang baik, aku nak berubah jadi BAIK

kalau korang tengok aku baik, aku nak jadi LEBIH BAIK


yela. aku tahu aku xsempurna,.

ape yang penting aku akan cuba jaga hubunganku dengan 3 perkara ni!!
1- Allah
2- Keluarga
3-Kawan2

tu je. Peace!!!







Friday, March 9, 2012

‎11 ORANG YANG MENDAPAT DOA MALAIKAT

Harap2 kite semua tergolong dalam golongan2 dibawah ni. xdapat nak jadi semua, satu pun jadi..Peace!!


1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

5, Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

10. Orang yang sedang makan sahur.

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

IF YOU CARE, DON'T FORGET TO SHARE...






Sunday, March 4, 2012

Sesat Di KL

once upon a time, aku bawak  motor ke UM, ikutkan dari second year lagi nk bawak motor ni, tp asyik delay je sebab xde kesungguhan. haha
time sekarang aku bersungguh segala bagai, as a result aku bawak motor kt UM. bile dah ada transport sendri senang skit. sbb.kalau cepat skit sampai kelas, pegi sembahyang jumaat pun senang kalau roomate aku smua balik.

nak dijadikan citer, semalam aku kuar ngn member aku sorang ni, Razidi. ajak ajak runde2 Midvalley. kalau orang dah ajak, aku mmg on je, lagi2 kat mid, lagi la dekat. hehe. semalam first time kot pegi mid naik motor, terkial2 gak aku dibuatnya bila nk cari tempat parking motor. naseb baik jumpa. hehehe. lepas runde2 satu mid tu sambil window shopping, aku decide nk bawak kawan aku ni kenal2 um tmpat aku belajar. memandangkan die pun xpernah datang, so mmg on jela. hehe.
bile syok + excited sgt sampai kan aku tersilap masuk lorong jalan. adoii, cuak2. cari punya u-turn xde. so aku go straight jela. giler tak giler sampai aku jumpa sign board nk pegi kuantan...then alhamdulillah at last jumpa jugak u-turn ke KL. bile dah u-turn tu, mata aku mmg fokus dengan sign board yg ada. *xsanggup dah nk silap masuk lorong. kalau kat hometown aku kat tganu lain, silap masuk jalan skit pun, boleh je ciluk2 keluar balik. kt kL ni tak!! adoii, pas ni kena ati2 ler. dalam 20 minit gak aku sesat di jalanan sebelum sampai kt Um. mission achieved! Razidi leh kenal UM, siap makan2 sekali. hehe.

Saturday, March 3, 2012

kisah roomate bahagian 1



ok entry sebelum ni aku citer pasal keluarga aku, sekarang ni aku nk cerita pasal hidup kawan2 yg duduk sebilik ngn aku masa aku berada bukan di rumah. dengan kata lain, citer pasal ROOMATE!. ngehehe..


once upon a time, aku mula berjauhan ngn family aku masa aku lepas SPM. masa tu aku dapat offer masuk plkn kt jengka, area Maran. jauh jugak la ngn rumah aku. so xde chance nk arapkan family aku dapat melawat aku masa latihan tu. kt plkn  pakai sistem dorm. yg mana, satu dorm tu 30 orang. org yg paling aku rapat, name die nazirul, kat sana name femes die 'ustaz' sbb die ni lah paling alim. jadi imam kt surau dan macam2. xsangka aku dapat kamcing ngn orang baik kat sana. aku kat plkn kejap je, xsilap aku sebulan je. sebab aku dapat offer matrik. mula2 heppy la jugak sebab dapat balik awal, tp bile dah dekat2 nk balik tu rasa sedih la plak sebab nk berpisah ngn kawan2 kt sana. sob2.. sekarang ni smua dah loss contact sbb dlu2 xde fb lagi. sadis toll..


xsempat duduk kt umah lame2 skit, kena pegi daftar matrik plak, so bile dah kat masuk matrik bermula lah hidup aku bersama roomate, mase kat matrik, sebilik ada 4 orang, sepatutnya dalam sebilik tu ada 2 kaum, maknanya kena cmpur cina, melayu or india,. tp bilik aku bernasib baik sebab semua melayu..hhuu. bilik keramat aku time tu A1 18


disebabkan aku tersangat rajin sekarang ni, aku nk bercerita sorang2. ngeheheh.


Adi
die ni orang first aku kenal masa sesampai, die ni baik je, macam pendiam. time orientasi die la paling rapat ngn aku,.yela kate roomate. so bile ada ceramah ke pape, die mmg jadi partner sebelah aku la.hehe. die ni budak sains hayat,. disebabkan umah die kat kemaman je,(dalam 1jam lebih dari matrik) die asyik balik umah je kalau tiap2 minggu. 


fadhil
die ni first kenal mcm ala2 ganas skit. tp die baik sebenarnya. sblm tlupa, die ni dak sains hayat. die ni asal kelantan, memandangkan die punya abang ada kat kemaman, kerap jugak lah balik umah abang die tu. ermm. sorang lagi roomate yang suka balik umah. huhu. aku ngn die kurang kamcing skit sbab die ni semangat assabiyah tinggi bsama2 budak kelas die. so, kemana2 die bsama budak kelas die la, xhirau roomate pun. hehe..


acap
die ni dak sains fizik. die masuk matrik lambat skit sebab second intake. sebab die second intake, die macam segan2 skit nk ber ramah mesra ngn kiteorang. die ni pun semangat assabiyah sesama budak kelas tinggi gak. selalu je bawak kawan2 die datang bilik ( macam aku tak je) hahahaa.. die ni tak kerap balik umah, tp die ni kerap outing bersama kawan2 mereka. haha.


as a conclusion. kiteorang roomate masa matrik xde lah mcm nk kamcing sangat. sebab masing2 kamcing ngn budak kelas masing2. macam aku plak, dah la sorang2 dak akaun dalam bilik tu, so komunikasi ngn roomate lagi terhad. hahah. btw, roomate2 aku smua baik2.aku tinggal phone, dompet, n whatever atas meja pn xhilang. lagi satu hal, mase matrik ni aku je asyik duk sorang2 kat bilik kalau time hujung2 minggu. sadis tol. lagi tak cuti sem, jgn arap blik. *dalam hati pernah gak nk balik sebenarnya..huhu. 


ok lah, tu jela kisah roomate aku kat matrik. nanti aku sambung lagi bercerita kisah roomate bahagian 2.