ehem2. selamat pagi. hari ni pelik skit sebab pagi2 dah update blog
btw, selamat pagi dunia!
tajuk entry kali ni pasal university life.
kalau tinggal kat kolej/asrama./umah sewa kat universiti, kite mesti share bilik kan
sebab tu wjudnya istillah roomate. then, bile pegi ke fakulti, kite belajar benda yang sama2 dengan kawan2 kite tu dipanggil coursemate.
so, ape yang disampaikan disini, best sangat ke berromate kan coursemate.
...................................
bagi aku lah kan, roomate ngn coursemate ni depends kan individu tu sendiri.
bagi aku, tinggal sesama coursemate ada baik dan buruknye. bagi aku lah. kalau orang lain aku xtahu lah.
aku bercerita pasal baiknya dulu..heheh
macam biasalah kan, kalau kite tinggal sebilik ngn coursemate kite, mula2nya ialah senang kije. sebagai contoh, kalau nak pinjam tutorial, nak pinjam buku, nak pinjam notes, nak buat assignment dan segala bagai sebab xyah kuar bilik pun dah boleh berdiskusi dah. pastu jugak, xyah bazir2 kredit anta msg tye ni tye tu sebab dah tinggal sebilik.
pastu bila cakap pasal buruk plak, ....
first sekali, BOSAN! bosan sebab 24jam mengadap muka sama. mana tak nye, certain orang tu kan, dah la duduk sebilik, pastu g kelas sama2, pilih kelas sama2, duduk dalam kelas pun sama2, pastu pegi kafe sama2, memang banyak sama2 la. tapi bagus lah sebenarnya. dah boleh jadi BFF. huhu. tapi disebalik 'sama2' tu, mesti ada KEBOSANAN kan.hahaha..
ikut pengalaman aku mendengar citer2 dari kawan2 yang berromatekan coursemate ni, kebanyakkannya semua bagi reaksi negatif. maknanya diorang kurang berminat untuk berromatekan coursemate. diorang cakap, mula2 tu memanglah excited nak berromatekan coursemate, tapi bila dah lama2 perasaan menyampah akan wujud mengikut situasi masing2 sebab yelakan, kite kawan ni memang wujudnya masalah or misunderstanding or tersakit hati sesama sendiri,.. bila dah ada conflict tu, masing2 mahu pertahankan diri. sebagai konklusi, masing2 buat muka ketat. hahah. bila dah jadi macam ni, kebarangkalian daripada sahabat sejati menjadi musuh sejati ada. hahaha. tapi ikut pengalaman aku sendiri, aku tak sampai tahap jadi musuh sejati lagi sebab...........nanti aku cerita dalam entry 'kisah roomate part 2'
sebagai menutup tirai entry kali ni, aku cadangkan kepada sesapa kalau diberi choice sama ada tinggal dengan coursemate atau tinggal ngn bukan coursemate, pilihlah tinggal dengan bukan coursemate sebab ikut pengalaman aku sendiri aku lebih bahagia berromatekan dengan bukan coursemate sendiri.
hehe. k byee!
Aku BUKANnya mencari kawan yang ramai, TAPI aku mencari kawan yang boleh menggembirakan aku, dapat berkongsi suka duka, kawan yang baik, kawan yang setia.
Sunday, April 29, 2012
Thursday, April 26, 2012
Student life
setelah sekian lama xupdate blog ni, baru hari terfikir rasa nak update sumting walaupun xde benda sangat nak share,.hehe
sejak dua menjak ni busy sedikit, almaklum la, dah nak hujung2 sem, week 10 ni banyak je benda nak kena wat,.
alhamudillah, sekarang ni aku dah tidak dibelenggu oleh TEST, KUIZ, MIDSEMTEST dan PRESENTATION untuk semua subjek.YEAAAA!!!
Sebab tu rasa sedikit kelegaan walaupun sebenarnya sekarang ni aku 'in relationship' dengan assignment. banyak wehh assignment nak kena buat. ni hal kat bawah ni aku nak listkan mane assignment yang meronta2 nak aku siapkan dalam masa terdekat ni...
I
PROJECT PAPER HRM- DUE DATE WEEK 13
TAXATION WIKI 2- DUE DATE WEEK 14
CORPORATE ACCOUNTING (INTERVIEW + ASSIGNMENT)-DUE DATE WEEK 14
GROUP ASSIGNMENT ADV FM 1- DUE DATE WEEK 12
GROUP ASSIGNMENT ADV FM 2-DUE DATE WEEK 13
So, dalam masa yang lebih kurang 4 minggu lagi aku kena siapkan mane2 yang aku listkan sebelum melangkah ke alam study week. Insyallah, percaya pada diri, moga2 aku mampu menyiapkannya. Chaiyokk!!
Wednesday, April 18, 2012
Keperluan air untuk badan.
Masa yang sesuai untuk minum:
1-minum 2 gelas air masak SELEPAS BANGUN TIDUR. ianya membantu mengaktifkan organ dalaman.
2-minum segelas air masak 30 MINIT SEBELUM MAKAN. ianya membantu penghadaman dan membuat perut lebih bersedia memberi ruang untuk kemasukan makanan.
3-minum segelas air masak SEBELUM MANDI. ianya membantu pengaliran darah danmengurangkan tekanan darah.
4-minum segelas air masak SEBELUM TIDUR. ianya dapat mengelakkan strok dan terkena sakit jantung ketika tidur.
1-minum 2 gelas air masak SELEPAS BANGUN TIDUR. ianya membantu mengaktifkan organ dalaman.
2-minum segelas air masak 30 MINIT SEBELUM MAKAN. ianya membantu penghadaman dan membuat perut lebih bersedia memberi ruang untuk kemasukan makanan.
3-minum segelas air masak SEBELUM MANDI. ianya membantu pengaliran darah danmengurangkan tekanan darah.
4-minum segelas air masak SEBELUM TIDUR. ianya dapat mengelakkan strok dan terkena sakit jantung ketika tidur.
Sunday, April 8, 2012
Tips Kesihatan Diri mengikut Sunnah Nabi
1) Selalu bangun sebelum subuh
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.
Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.
2) Aktif menjaga kebersihan
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.
“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)
3) Tidak pernah makan berlebihan
Sabda Rasulullah w yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.
Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.
4) Gemar berjalan kaki
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.
Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang ?hendak kita pergi.
5) Tidak pemarah
Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.
Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.
Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang?kan gundah
di hati.
di hati.
6) Optimis dan tidak putus asa
Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.
7) Tidak pernah iri hati
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”
8) Pemaaf
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.
Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.
Bahagia sebenarnya bukan mendapat tetapi dengan memberi. Sebenarnya, ba?nyak lagi cara hidup sihat rasul semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.
*credit to klik4sihat
Subscribe to:
Posts (Atom)
