Monday, March 28, 2011

Malam Anugerah Bestari fasa 2 2011

okey, sekarang ni penghuni2 4th college mesti tgh membusykan mengupload gambar2 mereka kt fesbuk,
pastu, tukar profile picture..hahahah..yela, semalam kan dinner. pulak tu sorang2 mengalahkan ape, sampai aku xkenal.haha..

tema MAB kali ni 'the arabian night, kt hotel Lagend. 

 


ni ha, kad jemputan.
MAB kali sistematik skit, siap ada kupon bus lagi.motif? mencari keuntungan..huhuh


ustaz rock pun suka bergambar. hahahah




first serve, kejap je habis sebab semua lapar.haha

kek kurma


tu semua kat atas antara hidangan yang kami makan semalam, ada lagi, tp cameraman xsempat nk ambik smua. huuhu


last but not least


tu jela,.
chow!

Sunday, March 27, 2011

::Kenangan 2A08b@KMPh::

setelah sekian lama plan bagailah apa nak wat reunion, sampai sekarang xjadi2 pun lagi reunion tu ngn classmate kt matrik ni. So, aku wat reunion kt sini jela ye..heheh..
nk diceritakan,  kelas kiteorang satu kelas ada 14 orang, 4 laki dan 10 pompuan..
walaupun xsampai setahun belajar bersama, tp kenangan tu sangat banyak..huhu.

ok mula,mari kite berkenalan ngn Boss kelas aku.

SEHAQ

ok, name die sehaq, die ni ex-RMC, sebab die RMC, die terpilih jadi ketua kawad kmph kakom..huhu..hebat! tapi dalam kelas always buat blur, xpasal2 kena byk soal, lagi2 math ngn ekon..haha..time tu gelabah..hahaha..sekarang ni dengar citer sedang bergiat aktif jadi palapes kt UITM shah alam.

ADIB



ok, die ni budak surau dan asal org kelantan, kalau die cakap kelantan ngn aku, siyes aku xfaham, hahah.. die ni bab2 bt huraian nom 1, lagi2 time bisness, sampai keluar topik kalau die bg huraian. aduh, penat telinga dengar die mengarut time die present.haha.. sekarang di UUM

MING


ming ni pencabar aku, aku pun byk belajar sama2 ngn die, tu pun time die xbalik umah, die ni time dulu, mmg xsah xbalik kalau weekend. xsangka, sambung degree kt UM, die pun satu kos ngn aku, tp sekarang dah xrapat sangat. huhu..

DIYANA


ni diyana, dalam kelas aku mcm rapat gak la ngn die, die ni selumber, suka berterus terang, die ni jugak partner aku pegi jumpa cikgu2,kadang2, g jumpa cikgu bukan pasal xfaham pun, tp sesaje berborak. sebab tu famous..hahaha.port famous lepak, bilik cikgu suraya. die ni kalau presentation mantap,.dan sekarang menuntut di UPSI,.

AZIE




ni azie, die ni geng diyana, secara xlangsung aku rapat gak ngn die,. kawan2 aku kelas lain mengenali die sbg play girl. opss sori azie..haha..
skrg ni menuntut kt UMT.

AIDA


die ni ore kelate, tp cakap ngn aku xde la pekat sgt. so aku faham. die ni alim dan sopan santun,.sekarang ni di UITM kelantan.

E.G. AKA ENGKU


die ni org tganu, tp first time aku kenal die siyes mcm bukan orang tganu, last2 baru tau..pandai tol cover. hahah. die ni antara ratu ponteng bersama geng2 yang lain WAN, SHIRA,.Kelas favourite ponteng, Agama. huhuhu. skrg ni die menuntut di UITM kelantan.

WAN

ni wan mastura, die ni selalu je kena perli ngn cikgu amri sebab die ni selalu berubah wajah. time kelas pakai tudung, time x kelas, free hair. sebab tu kena perli. die ni sempoi je. tutorial pun selalu xbuat..haha. opss sori wan..

SHIRA


die ni antara yang cun dalam kelas aku,. die ni scandal ngn ishaq aka ketua kelas aku, dalam kelas die ni geng ngn wan dan eg. kalau sorang xdatang, probability yang 2 orang ni xdatang jugak tinggi. mmg kawan sejati la..haha

SHILA & AIN


yang pakai tudung itam tu shila, die ni aku jumpa balik kt UM ni, tp x satu kos, die ambik ekonomi. time matrik dulu,die paling xsuka ekonomi,  tp masin mulut cikgu amri( cikgu eko), die dapat kos eko..hahaha. bahaya tul cikgu amri ni, kena je sumpahan die tu kt shila..

yang pakai tudung putih, ain nama die. die ni kawan rapat ngn shila( sebab tu gmbar die xleh dipisahkan) hahaha. die ni org tganu. sleng tganu die ni pekat sangat, sampai time die present memang byk GGG kt belakang. kalau ada presenter plg kelakar, die kut yang dapat. huhuh. sekarang ni menuntut di UUM.

 LE HUA



aku xde banyak sgt tahu pasal die. die ni x kamcing sgt ngn kiteorang. die ni mcm perkauman skit. sekarang ni die sambung degree kt mana, aku xdapat  kenalpasti, betul2 loss contact ngn die,

MOON


 die ni hebat giler, dalam kelas mmg sasaran cikgu la. biasa la orang hebat, tp mase 1st sem, result die kecundang skit,.sekarang ni sambuing kt UM jugak same fakulti ngn aku tapi xsama kos, die bisness admin. selalu gak la jumpa die ni..

okla, tu jela 13 orang budak kelas aku time matrik. banyak lagi ragam2 mereka2 ni, tp ni je yg dapat aku describe sedikit sebanyak. kalau nk describe semua, mmg xmuat space la kt sini..haha
papepun memang cukup indah perkenalan mase kt matrik dulu walaupun xsampai setahun..hehe

cikgu fauzan aka cikgu maths sem 1. kelakar habis time die ngaja. sungguh seronok

ni cikgu amri aka cikgu ekonomi. err. kalau sehari xkena perli ngn die ni xsah. papepun die pun seronok. hehe
hari last exam sem 2. cikgu suraya aka cikgu bisness. bes giler die ajar. i like x100

di jejaka2 harapan negara. bebudak  kuliah 2A. hari last sem 1

last but not least:
nom bilik puaka aku. haha




Monday, March 21, 2011

:: unknown title::

haishh..selalu je ada konflik jiwa nih..xttau kenapa..
serabut otak!
^&%#$^$#*&^*^@

time ni rasa macam benda2 ni xperlu dalam hidup aku.
facebook
yahoo messenger
telefon: opss..talian dibuka untuk keluarga je.
form spring
pape jela..

aku mahu tenangkan fikiran.



Thursday, March 17, 2011

:: selesai cabaran part 1 ::

YEAH!! cabaran part 1 dah selesai,
nanti cabaran part 2 dan part 3 plak.
eh, cabaran ape plak ni?? mengarut jekan aku ni. huhu
ok mcm ni, setiap semester, bagi aku memang ada 3 cabaran.
cabaran 1: TEST!!!
cabaran 2: assignment + presentation
cabaran 3: final exam!

huhuh...

okey, td baru je lepas test taxation..
soalan camne? ape aku jawab? NO KOMEN!
huhu:p

sekarang dah week 10.
so ada 4 weeks lagi utk habis sem ni.
err..
sungguh cepat.

untuk cabaran part 2 plak nnt, siapkan assignment Psikososial, Commercial Law, Audit, Tax, Business Research, ...

overall semua subjek ada kerja,. tapi xpe, kita layanns semua assignment ni dengan rilex macam kucing! no stress2 okeyh!

Monday, March 14, 2011

:: kerja DUA kali::

okey, malam td aku basuh baju,
membasuh mengunakan teknology yg ada,
so nak jadi kan cerita, sebelum pegi kelas law
aku jemur la baju2 ku tu kt ampaian bawah.
banyak lah jugak baju yang aku cuci,
time tu panas je..
lepas kelas td, aku singgah makan jap, tengah2 makan hujan lebat.
waduh, time tu baru ingt, aku ada jemur baju kat ampaian,
nak balik time tu punn dah xsempat,
waa... terpaksa wat kije 2 kali, jemur lagi esok.
tapi esok kena jemur dalam bilik jela,
penatnye aku, sia2 je basuh baju.
jenuh nak tunggu baju tu yang dalam kuantiti yang banyak utk kering balik..
errrr....

moralnye disini,
1)kalau basuh baju, xpayah jemur kat ampaian kalau time2 hari ada kelas.
2)rajin kan diri basuh baju hari sabtu dan ahad, jgn tunggu hari yang ada kelas..huuhuh

chow!

Sunday, March 13, 2011

:: tiada tajuk::

okey, hari ni aku bersama roomate kluar..( bukan senang nk nampak kiteorang kluar nih bersama) hahah
opss, bukan bersama roomate je, tp ada sorang lagi senior, nama die K
plannye nk pegi jalan kat masjid jamek,
tp bile dah jalan ikut kaki ni, xsedar sampai kat sogo,
dah alang2 sampai sogo, singgah jap la kt sogo tuh,
plan dihati nk cari baju utk MAB fasa 2 nih,
tp smua xberkenan. tgk2 jela..huhu
nak dijadikan cerita, si incik K ni bawak beg,
kebetulan die sorang je bawak beg,
so kiteorang yang xbawak beg ni tumpang la beg die, sumbat segala barang dalam beg die tuh
jalan punya jalan, beg si incik K ni plak putus, adoiii,.
kesian, dah lari bajet, kena plak beli beg baru( kate incik K)
lepas balik sogo, aku ternampak sumting
syok punya oberserve sampai xsedar, aku terlanggar si mamaat mane ntah
adoii malu nye, naseb baik masing2 pandai cover, . huh!
kalau x, jadi macam citer hindustan la plak, main terlanggar2 segala
ok, lepas tu, jalan punya jalan, tetiba rasa dahaga,
so kiteorang singgah la kt satu tempat tu utk beli air
so kiteorang beli lah..
jalan punya jalan, sampai air tuh habis,
si incik D ni baru teringat yang die ni xbayar lagi air tuh(nasib baik, air aku dah bayar)..hahaha
(tu lah, bila dah dapat air, excited sangat, sampai lupa nk bayar)
nk patah balik, dah jauh dah jalan.
kalau naik motor xpe gak, so si incik D ni xpatah balik pun utk bayar,
 next time lah kot, die bayar..huhuh
lepas tuh, sambung perjalanan pulang dengan menaiki lrt yang mcm ikan sardin..
hoho..

kepenatan setalah seharian berjalan. HAHA
gaya si incik2 ni lebih kurang sama je kan
mungkin ni lah gaya kalau kepenatan..HAHA


okeylah, moralnya hari ni
1)kalau nk sumbat barang dalam beg, biarlah berpada2, x saje2 kena beli beg baru..hahah
2) kalau jalan tu, biarlah pandang depan, xsaje2 langgar orang.
3) kalau dah dahaga, jangan excited sangat nak minum air sampai lupa bayar..HAHAH

chow!!

Saturday, March 12, 2011

Malam Anugerah Bestari Fasa I

okey, ni MAB kali kedua aku kat 4th college ni.
yela kan, dah 2 tahun bertapa di 4th ni.
huh!
malam ni ada malam anugerah bestari,
this year MAB ada 2 fasa,
fasa 1 ni, buat kat kolej je.
nnt fasa 2 buat kat hotel lagenda kt PWTC tu kot.
overall MAB fasa1 td, huh sangat best wo!
kenyang giler, sampai satu meja kena catu makan. hoho
macam ala kadar jep. jimat kos kot,.
disebabkan macam ala kadar je, lepas makan aku terus cabut..hohoho.

harap2 fasa 2 nanti, lebih baik la, 
sebab mengikut desas desus menyatakan
4th kolej punya yuran untuk dinner ni pun paling mahal dari kolej2 lain.

btw, congratulation kepada para2 penerima anugerah~
chow~

Wednesday, March 9, 2011

Episod KEGAGALAN, Epilog KEJAYAAN



1.manusia yg berjaya akn memperolehi keuntungan daripada kesilapannya dan mencuba lagi dgn cara yg lain.

2.kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi.

3.anda boleh gagal dlm apa sahaja dalam hidup asalkan tidak menjadi seorang yg gagal.

4.kesilapan adalah bukti bahawa seseorang itu telah mencuba membuat sesuatu perkara atau pekerjaan.

5.kesilapan mengajar kita tentang apa yang perlu kita pelajari selepas itu.

6.Apa yang anda pelajari selepas kegagalan sahaja yang dikira.Kegagalan itu sendiri tidak dikira.

7.Anda tidak gagal. Anda hanya menemui cara yang tidak berkesan.

8.Kesilapan adalah realiti kehidupan dan yang penting adalah tindak balas kita terhadap kesilapan itu.

9.Malah kesilapan pun mungkin menjadi perkara penting bagi menjamin kejayaan yang bernilai.

10."Lulus" dan "Gagal" adalah cara lama mengkategorikan seseorang. Cara baru adalah "Pengetahuan" dan "Kejahilan".

11.Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan. Seluruh kehidupan adalah satu ujian.

12.Orang yang kurang berani untuk memulakan sesuatu, sebenarnya telah tewas!

13.Hanya orang yang berani GAGAL DENGAN TERUK mempunyai harapan untuk BERJAYA DENGAN HEBAT sekiranya dia mempelajari sesuatu daripada kegagalannya itu.

14.Kesilapan adalah sebahagian daripada hutang yang perlu dilangsaikan sepanjang hayat.

15.Hadiah paling berharga hanya diberikan kepada orang yang menemui kegagalan tetapi dia tidak pernah berundur atau merungut atau berputus asa.

16.Kegagalan bukan bermakna anda seorang yang bodoh mencuba. Ia bermakna anda mempunyai keberanian untuk melihat apa yang tidak boleh dilakukan.


Di saat aku mencintaimu

huhu..tengah2 mood yang xberapa nak ok, tetiba tersuka plak kat lagu ni..
tajuknye DI SAAT AKU MENCINTAIMU! syok abis la..hahah~
jom layanssss!!!

Mengapa kau pergi, Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu,
berharap engkau jadi kekasih hatiku,
Malah kau pergi jauh dari hidupku,

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….

Semoga engkau kan mengerti, tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta
Maaf sungguhku tak bisa, untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta


Tuesday, March 8, 2011

UBS mengecewakan!

hari ni sangat2 KECEWA!!
tadi dapat slip keputusan UBS Stock yang aku ambik sem lepas..
aku dapat gred lain dari yang lain.
biase nye Distiction, Credit, Pass dan Fail
tapi aku dapat X
X for ABSENT..
arghhhhhhhhhhh!!!!


kecewa!!


kecewa!!


kecewa!!

aku xtau la kenapa aku bernasib malang sangat
padahal aku rasa aku dah buat yang terbaik

study bukan main lagi!


tyme kelas/lab xpenah ponteng!


latihan dalam buku aku dah wat!


tapi kenapa!! kenapa!!
aku dapat absent
padahal masa exam hari tu, aku dah double check dah aku punya disket
ada je
selamat hantar!!
tapi ape aku dapat!!


ABSENT!!!

kadang2 aku rasa jeles giler ngn orang lain
orang lain study last minit, kelas datang xdatang,
tapi dapat result baik
tapi aku??????

ABSENT KO BAGI!!
KENAPA????

xtau la kenapa, usaha aku pegi jumpa lecturer suruh re-check mcm xmenjadi je
sebab dah dapat slip keputusan..

sebab UBS ni jugak lah, aku terpaksa bercuti lambat, tyme orang lain bersenang lenang balik umah,
aku duk mengadap komputer, praktis UBS ni,
tapi aku dapat!!!!!
ABSENT!!!
ABSENT!!!
ABSENT!!!

TERIMA KASIH UBS! KO TELAH KECEWAKAN AKU!

Sunday, March 6, 2011

kenapa aku masih lagi SINGLE??

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang.

Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.

Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.

Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini.

Tips: Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.

Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu.

Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah.

Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan.

Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju.

Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.
Tips: Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.

Demikian juga perkahwinan.

Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kealam berumahtangga.

Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah?

Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu.

Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu.

Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya.Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat.
Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.

Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.

Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.

Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.

Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali.

Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.

Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.

Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.

Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.

Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai.

Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.