Wednesday, March 9, 2011

Episod KEGAGALAN, Epilog KEJAYAAN



1.manusia yg berjaya akn memperolehi keuntungan daripada kesilapannya dan mencuba lagi dgn cara yg lain.

2.kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi.

3.anda boleh gagal dlm apa sahaja dalam hidup asalkan tidak menjadi seorang yg gagal.

4.kesilapan adalah bukti bahawa seseorang itu telah mencuba membuat sesuatu perkara atau pekerjaan.

5.kesilapan mengajar kita tentang apa yang perlu kita pelajari selepas itu.

6.Apa yang anda pelajari selepas kegagalan sahaja yang dikira.Kegagalan itu sendiri tidak dikira.

7.Anda tidak gagal. Anda hanya menemui cara yang tidak berkesan.

8.Kesilapan adalah realiti kehidupan dan yang penting adalah tindak balas kita terhadap kesilapan itu.

9.Malah kesilapan pun mungkin menjadi perkara penting bagi menjamin kejayaan yang bernilai.

10."Lulus" dan "Gagal" adalah cara lama mengkategorikan seseorang. Cara baru adalah "Pengetahuan" dan "Kejahilan".

11.Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan. Seluruh kehidupan adalah satu ujian.

12.Orang yang kurang berani untuk memulakan sesuatu, sebenarnya telah tewas!

13.Hanya orang yang berani GAGAL DENGAN TERUK mempunyai harapan untuk BERJAYA DENGAN HEBAT sekiranya dia mempelajari sesuatu daripada kegagalannya itu.

14.Kesilapan adalah sebahagian daripada hutang yang perlu dilangsaikan sepanjang hayat.

15.Hadiah paling berharga hanya diberikan kepada orang yang menemui kegagalan tetapi dia tidak pernah berundur atau merungut atau berputus asa.

16.Kegagalan bukan bermakna anda seorang yang bodoh mencuba. Ia bermakna anda mempunyai keberanian untuk melihat apa yang tidak boleh dilakukan.


No comments:

Post a Comment